ADAKAH SHAFIE AFDAL MAHU JADI MANGSA SETERUSNYA?
Tak paham betul dengan apa yg Tun M nak sebenarnya. Kejap nak jadi PM dan terbaru cadang orang lain pulak untuk jadi PM. Wehhhh, apa nak jadi lah dengan politik kat Malaysia ni. Asyik berebut pasal jawatan Perdana Menteri saja. Tak abis2 cerita pasal siapa nak menjawat jawatan PM dalam kalangan pembangkang. Sekrg pula petik nama Shafie Afdal untuk jadi PM.
Biar betul dorang ni, aritu berebut dan gaduh pasal jawatan PM antara Anwar dan Tun M, sekrg pula timbul cadangan nak jadikan Shafie Afdal PM. Cadangan pulak dari Tun M. Boleh caya kah dia ni. Adoiii, haru biru politik Malaysia dibuatnya sebab nak letak siapa PM aje.
Kalau korang tengok betul2 pd sejarah lah, sesiapa saja cadangan nama oleh Tun M untuk dinaikkan jawatan PM dah tentu orang tu akan mengalami banyak rintangan. Sebab apa tau? Sebab kalau Tun M sendiri tak suka atau tak kena, dia akan tendang kau dan jatuhkan kau habis2an. Tengok lah apa jadi dengan PM dulu seperti Tun Abdullah Ahmad Badawi dan Najib Razak. Dua2 individu ni dia lah yang naikkan tapi last2 dia tentang dan dia singkirkan semua.

Cadangan mengejut ni tentu hanya strategi licik Tun M utk kepentingannya. Kalau bekas PM seperti Najib Razak dan Tun Abdullah Ahmad Badawi pun dia berani singkirkan, tak mustahil lah jika Shafie Afdal sendiri yang akan menjadi mangsa Tun M seterusnya. Sejarah dah membuktikan segalanya. Tak mustahil Shafie Afdal akan mengalami nasib seperti Anwar, Najib Razak dan Tun Abdullah Ahmad Badawi gara2 perbuatan Tun M sendiri.
Jadi Shafie Afdal, kau nak jadi mangsa seterusnya ker? Tak per, kita tengok siapa yang kena nanti!!!!
