Dr M dakwa berlaku rasuah pada PRK DUN Slim
Dr M dakwa berlaku rasuah pada PRK DUN Slim
PUTRAJAYA: Bekas pengerusi PPBM, Dr Mahathir Mohamad mendakwa berlaku rasuah pada pilihan raya kecil DUN Slim, serta ada gambar berkaitan.
Beliau mendakwa rasuah diberi kepada pengundi dalam usaha memujuk mereka mengundi calon tertentu.
“Kita tahu banyak mana duit yang digunakan. Kita tahu mereka bawa pengundi menaiki van, di dalam van berkenaan itu diberikan duit.
“Kita tahu, mereka ambil gambar dan selepas undian dibuat, mereka tunjukkan jari bahawa sudah mengundi dan tunjukkan kepada orang BN, wang selebihnya akan diberikan.
“Inilah yang diberitahu kepada kami. Ada gambar,” katanya pada sidang media, hari ini.
