Demi Anak Tercinta, Wanita Ini Masih Kerah Keringat Jual Kuih Di Jalanan Biar Tanpa Kedua Tangan Dan Kaki
Demi Anak Tercinta, Wanita Ini Masih Kerah Keringat Jual Kuih Di Jalanan Biar Tanpa Kedua Tangan Dan Kaki
Jika kita hidup dalam keadaan sentiasa bersyukur dan mengenal erti agama, nescaya perjalanan hidup sentiasa tenang biarpun berat mata yang memandang. Namun tak semua antara kita faham erti ujian yang Tuhan turunkan kepada hambaNya ini.
Apa yang kita tahu adalah merungut dan sering meny4lahkan takdir. Ternyata berbeza dengan individu kvrang upaya ini. Bergelar ibu tanpa mempunyai kedua-dua belah tangan dan kaki sangat lah berat untuk dia melalui kehidupan tatkala terp4ksa membesarkan anak-anak.
Sara Anak Dengan Hanya Menjual Kuih Dijalanan
Walau bagaimanapun, kekvrangan ini tidak mematahkan semangatnya untuk terus mencari nafkah hanya dengan menjual kuih di jalanan. Tidak ada sedikit pun kata k3sal atau mervngut yang terkeluar dari bibirnya. Kisah ketabahan wanita ini dikongsikan sendiri oleh usahawan terkenal, Dato’ Seri Aliff Syukri melalui instagram miliknya.. Berikut perkongsian asal penulisan Aliff Syukri:
“Mak cik di sebelah abang ni memiliki aura yang sangat hebat. Di dalam kehidupan yang beliau tempuhi ketika ini, sangatlah menc4bar kerana di dalam keadaan dirinya yang sangat teristimewa kerana mak cik ini tidak mempunyai kedua belah tangan dan kedua belah kaki yang cukup sifat.”
Mahal Pengorbanan Seorang Ibu
“Beliau sanggup membesarkan kedua-dua anaknya dan sekolahkan anaknya dengan pekerjaan yang beliau lakukan. Hanya dengan menjual kuih muih untuk menyara kehidupannya. Sangat mahal dan sungguh besar peng0rbanan seorang ibu ini.”
“Semoga Mak cik ini dapat meneruskan kehidupan dengan sebaik mungkin dan dapat menjadi aspirasi kepada orang diluar sana.” Kongsi Aliff. Ibu tunggal ini dikenali sebagai Zarina binti Abu Safian atau lebih selesa disapa Kak Ina. Sebelum ini dia pernah mendapat liputan dan juga bantuan daripada beberapa youtuber terkenal Malaysia yang memaparkan kisah yang berlaku dalam hidupnya.
Apa yang menjadi kekuatan kepada Kak Ina adalah impian dan juga hatinya yang ikhlas dalam mencari nafkah tanpa mengharapkan belas kasihan orang ramai demi membesarkan anak-anaknya. Difahamkan dia sentiasa ada di sekitar Masjid Abu Ubaidah, Taman Sri Rampai, Kuala Lumpur untuk menjual hasil kuih-muih yang dihasilkan setiap hari.
Semoga kisah Kak Ina ini dalam mengerah keringat mencari nafkah memberi contoh yang baik buat kita semua agar tidak pernah menyerah k4lah dan juga salah sangka kepada uj1an yang Tuhan aturkan buat hambanya.
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
