Khabib kekalkan kejuaraan, umum persaraan. Ini kata2 mvsuh tradisi beliau
KHABIB Nurmagomedov berjaya mengekalkan kejuaraan lightweight UFC selepas menewaskan petarung Amerika Syarikat, Justin Gaethje sebentar tadi.
Dalam acara utama UFC 254 di Abu Dhabi pada Ahad, bintang sensasi dari Rusia itu menumpaskan lawannya menerusi kuncian ‘triangle choke’ pada minit 1:34 pusingan kedua.
Pusingan pertama menyaksikan ketangkasan Khabib begitu sukar untuk ditandingi oleh Gaethje.
Pada pusingan kedua, Khabib berjaya membuat ‘takedown’, merebahkan lawannya itu ke kanvas Octagon.
Ia disusuli dengan kuncian ‘triangle choke’ yang membuatkan Gaethje ‘tap out’ dan kemudian tidak sedarkan diri untuk seketika, sekali gus menghadiahkan kemenangan untuk Khabib.
Keputusan pertarungan penyatuan gelaran lightweight ini melebarkan rekod profesional Khabib kepada 29 kemenangan tanpa kalah.
Umum Bersara, Sudah Janji Dengan Ibu
Bagaimanapun, dalam temubual selepas perlawanan, Khabib yang teringatkan arwah bapanya Albdulmanap, dengan sedih memberitahu dia ingin bersara dari sukan MMA.
“Hari ini merupakan hari terakhir saya bertarung di UFC. tak mungkin saya ke sini tanpa ayah saya.
“Bila UFC memanggil saya (untuk bertarung) dengan Justin, saya telah berbincang dengan ibu saya selama tiga hari.
“Saya telah berjanji dengan ibu, ini pertarungan terakhir saya. Jika saya sudah berjanji, saya mesti tunaikan. Ini pertarungan terakhir saya,” katanya.
Mc Gregor Ucap Tahniah
Berikut pula reaksi musuh tradisi Khabib selepas Khabib mencatat kemenangan ke-29 dan umumkan persaraan
” Prestasi yang baik Khabib. Saya akan teruskan. Salam takziah terhadap bapa kamu.” tweet Mc Gregor di laman twitter rasmi bemiau
Ini merupakan kali ketiga Khabib mempertahankan gelaran lightweight yang disandangnya.
Kali pertama dia mempertahankan kejuaraan tersebut ialah pada Oktober 2018 selepas menewaskan Conor McGregor dalam aksi UFC 229.
Dia kemudiannya menewaskan Dustin Poirier pada September tahun lalu pada acara UFC 242 pula
Rata-rata netizan dan umat islam mengucapkan tahniah dan bangga dengan pencapaian Khabib
“Selamat bersara khabib…. nanti datang lah ke malaysia boleh tumbuk ahli ahli politik gila kuasa kat malaysia ni..” tulis seorang netizan
Khabib Jadi Imam Sebelum Berlaw@n G@ethje Awal Pagi Ahad
Dalam satu video yang dimuatnaik di laman Youtube rasmi Khabib, seperti kita semua tahu Khabib adalah seorang muslim dan dalam video tersebut menunjukkan beliau mengimamkan solat di kem latihannya di Emiriyah Arab Bersatu (UAE).
Khabib sentiasa menunjukkan contoh yang baik sebagai seorang muslim dan sentiasa menyebut kalimah Allah sebelum memulakan perlawanan. Untuk rekod setakat ini, Khabib masih lagi mengekalkan rekod tanpa kalahnya sepanjang karier di UFC.
TIDAK hairan sekiranya perkembangan atlet seni bela diri campuran (MMA) Khabib Nurmagomedov sentiasa diikuti ramai dalam kalangan peminat pelbagai latar menerusi media sosial di serata dunia.
Bukan saja tangkas beraksi di gelanggang malah atlet lasak Russia itu tidak melupakan dirinya ‘hamba Allah’ dengan menunaikan solat secara berjemaah dan menjadi imam solat.
Khabib cemerlang selepas menewaskan pencabarnya dari Amerika Syarikat, pencabarnya, Dustin Poirier pertarungan di Abu Dhabi, Emiriah Arab Bersatu (UAE), kelmarin.
Kerendahan hati Khabib dikongsi oleh pengembara Islam, Dr Waleed Hakim menerusi di laman sosial Facebook (Fb) beliau dengan garapannya berbunyi:
“Masha’Allah, kejayaan bukan hanya memiliki rekod 28-0 dalam arena (yang memang mengejutkan), Khabib menunjukkan kepada kita kejayaan sebenar apabila anda berdiri di hadapan pencipta.
“Sudah tentu orang yang yakin dan percaya mencapai kejayaan. Mereka yang solat dengan penuh tawaduk menyerahkan diri.
“Bagaimana kuatnya diri seseorang itu, betapa bijak atau masyhur dilihat oleh orang dan apa rekod yang anda pecahkan, kita semua yang ada sekarang akhirnya akan menjadi lemah, pelupa dan kita bersama rekod kita akan dilupakan oleh manusia tetapi rekod paling penting dalam kalangan semua adalah apa yang ditulis oleh malaikat untuk anda dan saya berdoa kita semua mendapat buku catatan baik di tangan kanan pada hari akhirat dan memenangi trofi muktamad, insha’Allah!”
Atlet kelahiran Dagestan itu mengekalkan gelaran lightweight serta rekod tanpa kalahnya menewaskan Poirier pada pusingan ketiga pertarungan itu di Yas Island, Abu Dhabi dengan rekod kemenangan 28-0.
Khabib tampil semula di gelanggang pada perlawanan pertamanya sejak menewaskan Conor McGregor pada Oktober tahun lalu.
Khabib menewaskan tiga daripada lima pencabarnya menerusi kemenangan disahkan ‘melebihi keupayaan lawan’ dan mencabar Jon Jones dan Amanda Nunes bagi menentukan siapa paling hebat secara tidak rasmi dalam MMA.
Apa kata anda? Kongsikan bersama kami



